Wednesday, June 17, 2009

Jika HambaKu Suka MenemuiKu

Jika hambaKu suka menemuiKu,Aku juga suka menemuinya. Dan jika dia benci menemuiKu, Aku juga benci menemuinya. (Hadith Riyawat Bukhari)

Friday, January 19, 2007

Selamat Menyambut Maal Hijrah

Selamat menyambut Maal Hijrah 1428H kepada semua umat Islam
INSAN CEMERLANG
UMMAH GEMILANG

Sunday, December 17, 2006

Pahala yg kita tak nampak, tapi berterusan.

Baru-baru ini saya mendapat email dari seorang rakan setugas. Walaupun ia berbentuk email dan boleh disebarkan melalui saluran yang sama, saya mengambil keputusan untuk menyalurkan melalui blog ini. Blog dapat dibaca oleh lebih ramai insan dan ia lebih terdedah berbanding email. Harap saudara renungkan dan sebarkan maklumat ini.

Assalamualaikum,

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir!

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit
menggunakannya, Anda dapat hasanah.

3. Berkongsibahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4. Bantu mendidik seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.

10. Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

Insyallah.

Lambang Salib Pada Bangunan KUSTEM

Ketiga-tiga gambar ini saya download dari lamanweb bulletin online yang memuatkan kiriman seorang pembaca. Pembaca tersebtu telah mengambilnya dari Google Earth iaitu satu program internet di mana seseorang boleh melihat muka bumi dari perspektif satelit. Memang jelas terdapat bentuk salib pada bumbung bangunan KUSTEM ini.


Saturday, November 25, 2006

Menentukan Arah Kiblat

Rencana berikut di siarkan dalam dimensi Berita Harian Online

Segitiga sfera tentu kiblat

Siasat Melayu Murtad

Mufti Perak telah mengesa agar kerajaan menyiasat dakwaan bahawa ramai orang Melayu di negara ini murtad seperti dakwaan wanita dikenali sebagai 'Raja Sherina' dan bukan tumpukan kepada siapa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenainya.

Apa yang disarankan oleh Datuk Harussani itu patut membuka mata kerajaan. Di jalanraya, isu Melayu murtad telah menjadi buah mulut dan ramai orang Islam kesal kerana kerajaan tidak mengambil apa-apa langkah untuk menyiasat. Kerajaan lebih berminat untuk mencari orang cuba menyedarkan yang ramai orang Melayu murtad dankemudian menuduh cuba menimbulkan keadaan kurang senang. Siapa lagi hendak diharapkan kalau bukan kerajaan yang ada kuasa untuk bertindak.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata siasatan lengkap termasuk mengenai berapa ramai umat Islam yang dibaptiskan perlu dilakukan segera bagi mengelak kebimbangan umat Islam.

Dipetik dari Berita Harian Online

Katanya, pada masa ini siasatan lebih tertumpu kepada siapa yang menghantar SMS mengenai dakwaan itu berbanding isu asalnya iaitu murtad yang membimbangkan ramai umat Islam di negara ini.


“Apa yang patut kita lakukan bila dengar khabar angin itu, kita siasat lah. Kita kaji betul ke tidak (dakwaan) murtad kerana ini bukan benda kecil, sebaliknya boleh menimbulkan kekacauan.

Apa yang saya hairan ialah mengapa hanya Datuk Harussani sahaja yang berani bercakap benar. Bagaimana dengan mufti-mufti negeri-negeri lain?


Saturday, November 18, 2006

Datuk Azhar Mansor

Antara berita yang menarik semasa persidangan UMNO tahun ini ialah tentang isu Datuk Azhar Mansor murtad. Beliau telah membuat kenyataan terbuka di persidangan terbesar orang Melayu itu bahawa beliau masih lagi Islam dan menjalani hidup sebagai seorang Islam.

Berikut petikan dari Berita Harian Online

“Tanggungjawab saya, pegangan saya dan akidah saya adalah kepada Allah SWT dan jangan lagi dipersoal,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Penasihat Hal Ehwal Islam Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman; Penasihat Agama Perlis, Datuk Mohd Jahya Hussin; dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Husainay Hashim.

Azhar berkata, isu sama ada beliau Islam atau sebaliknya, tidak harus ditimbulkan kerana beliau tidak pernah membuat sebarang permohonan untuk keluar Islam, sama ada di dalam atau di luar negara. (Adakah seseorang itu dianggap murtad hanya apabila membuat permohonan keluar dari Islam?)

Satu persoalan yang menjadi bahan bualan ialah mengapa beliau enggan mengucap syahadah apabila pemberita meminta beliau melakukannya. Apakah menjadi satu kesalahan jika beliau mengucap? Mengapa takut mengucap dan memberikan alasan-alasan untuk tidak mengucap.

Friday, November 10, 2006

Tanda tanda Sebelum Mati

Saya tidak pasti sumber saya memperolehi bahan ini kerana menjumpainya sewaktu menyusun fail-fail di pejabat. Saya ingin berkongsi bersama semoga kita mengingati Allah dan menyedari bahawa mati itu adalah benar.

Tanda 100 hari sebelum mati

Iini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati adalah bijak .
Sebarkan buletin ini....May Allah Bless You.


Monday, November 06, 2006

Pembaptisan Orang Melayu?

Gambar ini dipetik dari laman Mstar yang memuatkan berita tentang sebaran SMS pembaptisan orang Melayu dia Ipoh, Perak.

Dipetik dari Laporan Mstar

Akibat SMS itu, sekumpulan umat Islam termasuk wakil beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah berhimpun di perkarangan gereja itu untuk mendapatkan kepastian mengenai upacara itu yang sebenarnya membabitkan 110 kanak-kanak keturunan India.

Datuk Azhar Mansor

Laporan Utusan Malaysia keluaran 6 November 2006

Abang Azhar Mansor nafi adiknya murtad

IPOH 5 Nov. – Azham Mansor, abang sulung kepada pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor, hari ini menafikan adiknya itu sudah murtad dan tinggal di Australia.

Ahli perniagaan berusia 56 tahun itu menegaskan, Azhar masih beragama Islam dan kini tinggal di Langkawi kerana menguruskan perniagaannya di sana.

Katanya, mesej Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan e-mel yang tersebar luas mengatakan Azhar sudah menganut agama Kristian serta membaptiskan ramai pelajar adalah fitnah dan tidak benar sama sekali.

‘‘Saya sebagai abang Azhar mahu menjelaskan bahawa SMS itu menipu dan tidak benar sama sekali. Setahu saya adik saya bekerja keras menjalankan perniagaan di Langkawi.

‘‘Saya pasti dan tahu Azhar seorang Islam. Saya minta tolonglah jangan ganggu dia lagi, sejak semalam saya cuba hubungi dia tapi tak dapat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Masakan ada asap jika tidak ada angin. Langkah sebaiknya ialah Datuk Azhar sendiri tampil ke hadapan dan membuat kenyataan terbuka terhadap isu ini. Laporan Azhar Mansor memeluk Kristian disiarkan dalam newsletter Sydney Angelican di Australia.

Baca blog-blog berikut:

Bukan Islam Liberal
Blog Niezam Phg